Tuesday, February 21, 2012

tubuh badan kita adalah amanah Allah.

bismillahirrahmanirrahim..


semalam sy berborak dengan mama, dan pagi tadi sy berfikir sejenak. teringat kata2 mama semalam.
"biarlah apa pun orang nak cakap, nak komen pasal apa yang ada pada diri kita, sebab itu semua Allah yang buat, Allah pinjamkan pada kita sekejap je. nanti Allah soal balik apa yang kita buat dengan segala yang Allah pinjamkan. kalau kakak tnya orang tu, boleh x dia buat apa yang dia komen pasal kakak sebiji macam ciptaan yang Allah dah buat, boleh? " tersentak saya sejenak. bukan sebab xpernah terfikir itu semua. tapi sebab dah terleka dengan dunia, sampai semua tu diletak ke tepi. Allah ciptakan manusia sbgai khalifah di muka bumi ni, bukan utk berfoya-foya dan hanyut dalam dunia. sy sendiri kesal bila terkenangkan apa yang sy dah buat dengan segala amanah Allah pada diri sy. cuba kita lihat pada diri kita.


mata untuk apa?
mulut untuk apa?
tangan untuk apa?
kaki untuk apa?


kalau sekarang ni tgh on9, 


apa kita buat dengan mata kita ? melihat perkara berfaedah atau menjadi stalker setia gadis2 cun? kalau melihat perkara yg baik, alhamdulillah, tp kalau tak, segeralah berhentilah melihat apa yang tidak sepatutnya.


kemudian lihat pada tangan kita, apa yang kita buat dengannya ? apa yang kita taip, berfaedahkah ia? pahala atau dosa yang kita cari dalam internet ni? apa sumbangan kita dengan menaip di facebook, blog dan sbgainya?


lihat pada mulut pula. apa yang kita berkata2 semasa on9? berzikir atau mengumpat seorang diri? atau juga sedang menyanyi girang? fikir2kanlah.


kemudian lihat pula pada kaki. adakah kaki kita segera bangkit untuk menunaikan solat atau melangkah ke masjid tatkala terdengar seruan azan. atau kita membiarkan sahaja laungan itu berkumandang ? jangan kita jadikan komputer, atau laptop, atau segala macam gadget yang ada sebagai alat utk mempersekutukan Allah tanpa sedar.


fikir dan zikir. berubah sebelum terlambat. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. semoga kita bersama mendapat hidayah dariNya. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. selamat beramal. :)