Friday, March 2, 2012

kenali, ingati, cintai rasulullah s.a.w.

manusia hari ini lebih mengenali & mengagungkan artis berbanding insan yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Benarkah ?

cuba tanya pada diri kita,
sejauh mana kita mengenali rasulullah s.a.w ? nama penuh rasulullah, nama2 gelaran, bangsa baginda s.a.w, tarikh dan tempat kelahiran, nama2 anak dan isteri2 rasulullah. Itu cuma asas. namun tahukah kita ? ingatkah kita ?

mengenali rasulullah bukan hanya utk kanak2 tadika, kawan2.. bukan juga untuk lulus subjek PAI semata-mata atau sekadar menghafal dan kemudian melupakan. Baginda rasul kita, kerana pengorbanan baginda, Alhamdulillah kita hidup dalam Islam. Hanya baginda yang mampu memberi syafaat kepada kita nanti, bukan artis yang digilai itu, bukan orang lain yang kita cintai di dunia ini. Hanya baginda, Muhammad s.a.w.

kerana itu, ayuh kawan2.. kita kenal, kita ingat, dan tidak lagi melupakan kecuali Allah menarik nikmat ingat itu.

nama baginda : Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab. ( ada lagi panjang )
nama gelaran : Al-Amin, Abu Qasim
bangsa : Arab Quraisy
tarikh lahir : hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah
tempat lahir : Mekah
nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab
nama2 anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum , Ruqayyah

mengingati rasulullah bukan hanya pada maulidurrasul, mengingati Allah dan kekasih Allah itu perlu selalu. jom selawat :)