Saturday, November 10, 2012

USIM di hatiku

this are what USIMIANs should know :

Bila orang tanya,

1) di mana lambang Islam yang dapat dilihat pada USIM?
bangunan kotak2 je...
jawapan: sebaik sahaja kamu melangkah masuk ke pintu utama USIM, kamu sebenarnya sedang menghadap ke arah kiblat. kita lihat pada roh, bukan jasad. jasad boleh hilang, tapi roh akan kekal. (jasad itu bangunan, roh itu arah kiblat)

2) kenapa letak lambang airmata kat depan2 pintu utama USIM tu?
jawapan: itu bukan air mata, itu ialah setitik embun @ setitik minyak zaitun.
p/s : boleh refer Surah AnNur, ayat 35 untuk keterangan lanjut mengenai minyak zaitun. USIM sebenarnya mahu melahirkan pelajar yang bermanfaat kepada semua manusia lain, yang mampu menyinari alam. minyak zaitun itu ibarat kita.

3) kalimah Iqra' pada lambang air mata tu apa fungsinya?
jawapan: supaya sebaik-baik sahaja kita melangkah masuk ke USIM, menghadap ke kiblat, mudah-mudahan kita ingat tujuan asal kita untuk menambah ilmu yang ada di dalamnya.

4) kenapa courses kat USIM perlu ada hafazan dan subject yang relate dengan agama Islam?
jawapan : kerana segala ilmu semuanya bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. sedangkan wayar elektirk itu pun mencontohi ciptaan Allah. manusia ada vein, artery and nerve. wayar ada wayar hidup, wayar bumi dan wayar neutral.

sahabat, please take note semua ni. kita pegang amanah besar sebenarnya. betapa besar hasrat USIM untuk melahirkan pelajar Islam yang mampu menyinar di muka bumi ini. Kembalikan zaman kegemilangan kita. jom sama-sama sayang, cinta pada USIM!

"bukan senang untuk mewujudkan universiti ini."-TNC
"jangan ada siapa-siapa yang berani mengkhianati penubuhan universiti ini."- Tun Dr. Mahathir Mohamad

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! ♥
 

sumber : TNC USIM