Tuesday, October 7, 2008

lelaki idaman

LELAKI IDAMAN..
Lelaki idaman…Seorang lelaki yang aku idamkan Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…Biarlah dia seorang yang butaButa, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan laghaKerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabiAsalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan AllahAsalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananyaBiarlah dia seorang bisuBisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimananBisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiranBisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuranAsalkan bibirnya sentiasa basah mengingat TuhanAsalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-QuranAsalkan dia petah membangkang kemungkaranDan lantang menyuarakan kebenaranLelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhilBakhil, Bakhil dalam memberi senyumanPada wanita yang bukan mahramnyaBakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinyaBakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnyaTetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada KhaliqnyaDia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnyaPemurah dalam memberi nasihat dan teguranSehingga dia sanggup menggadaikan hartanyaBahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAHKembali megah di muka bumi
photo by DK11EL Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiatPapa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat Papa memiliki akhlak mazmumah Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri Dia mahu menjadi seorang syuhada Yang syahid di jalan Maha Esa