Wednesday, December 26, 2012

assalamualaikum everyone! :D

shat ke you olz? alhamdulillah hr ni kita masih sama2 dpt menghirup udara yg baru, hidup menjadi khalifah di bumi ni. alhamdulillah, alhamdulillah. ok, nak crita ni.. smlm kan..sy da dpt mafla Al-Aqsa yg sy tempah masa program cakna palestin kat masjid saadah hr tu. comel sgt mafla tu.. da lama sbnarnya tringin nak beli n pakai, tp slalu berat nak beli..stakat tgk yg org je.hm.. tp hr tu tetiba sy buat keptusan utk beli gak. sbbnya kwn sy ckp yg smua keuntungan brg jualan Aqsa Shariff akan direct ke palestin. mksudnya dia xambik untung pun, just utk bantu palestin. so that night, tanpa ragu2 sy pun beli. alhamdulillah hr ni dapat merasa pakai mafla tu kat kepala. nah amek 1 gambar! hehe. 



akhir skali, terimalah 1 puisi drpd sy. ikhlas dr hati yang tengah bersemarakkan Al-Aqsa.

PUISI BUAT AL AQSA TERCINTA

Al Aqsa tercinta,
bumimu barakah,
bumi anbia,
kaulah kiblat Islam pertama

Al Aqsa tercinta,
jauhmu bukan penghalang,
dekatmu di hati kami,
sejarahmu di benak kami ,

Al Aqsa tercinta,
rayuanmu kami dengari,
mujahid mujahidah di bumimu kami tangisi,
bukan kami buta ataupun tuli,
tetapi kudrat tidak mengizini

Al Aqsa tercinta,
maafkanlah kelemahan kami,
kerana tidak berjuang bermatian mempertahankanmu,
namun terimalah usaha lemah kami,
menanam semangat perjuangan di dalam diri,

Al Aqsa tercinta,
tatkala ini hati menjadi saksi,
cinta kami tehadapmu tidak akan layu
bangkit kami keranamu,
mencari kekuatan mempertahankanmu.

by: hasanahassan, 26122012;00:15
p/s : sape2 berminat nak beli mafla Aqsa Syarif bleh pm ye.. jom semarakkan roh Al-Aqsa di hati kita! ♥

Friday, December 21, 2012

untung 'orang' tu

assalamualaikum everyone! salam jumaat :D

hari ni sy nak cerita perasaan jeles kat sorang budak ni. u all nak tau tak, dia kan.. dia kan.. dia pergi jalan2 xingat dunia! ok, sangat jeles. sekarang dia ada kat London. katanya kat london bridge. ish..bangga sangat le teww.. em, btw sebenarnya dia baru je balik dr Italy. eh2, untung benor ye student yg dpt tajaan oversea ni.. jelesssssssssssss!

hm..hari ni sy nak cite pasal kawan sy ni.. dia orang yang sgt bertuah. dia dulu xde la hebat sangat macam org2 ramai yg hebat tu.. tapi lepas Allah duga dia dgn bermacam2 dugaan yang sy sendiri mgkin tak tertanggung, Allah hadiahkan dia sesuatu yang luar pada jangkaannya, studying abroad. dulu masa kat skolah rendah n menengah, dia bukanlah pelajar yang cemerlang.. dia xpernah pun dpt straight A dlm xam..in fact result xam dia boleh dikategorikan dlm result yang xdpt dibanggakn pun. tp skrg ni dia dpt further stdy dia kat UK.

benar, pengalaman mengajar kita erti hidup. ringkas mengenainya, hidup dia dlu masa di bangku sekolah sangat senang,jauh berbeza dengan apa yg dia hadapi sekarang. namun pada waktu senang itu, Allah tarik satu-persatu nikmat daripada dia dan keluarga. masalah demi masalah timbul, tapi atas tekanan yg diterima itulah mematangkan dia yg sy kenal hari ni.

keberkatan itu penting. apa yg sy dpt drpd kawan sy ni.. wlaupun mcm2 masalah dia terpaksa hadapi, dia sangat menyayangi dan hormat pd ibunya. dia selalu berusaha utk hepikan ibunya n always make something surprise for her just to bring back the smile on his mom's face. dia anak sulung, pengorbanan dia besar dlm membimbing n menjaga adik2 yg masih kecil. Alhamdulillah Allah bg dia kekuatan, dia belajar dari kesalahan. dugaan yang terpaksa dihadapi itulah yg menyebabkan dia makin gigih berusha utk membaiki nasib.

waktu dia diploma, dia mula belajar sungguh2. walaupun terpaksa brhadapan dgn pelbgai maslah besar waktu tu, dia xpernah mengalah ataupun terfikir utk quit study. pernah waktu dia nak ambil xam, shari sblm tu dia terpaksa pulang ke kampung utk bantu ibu dia selesaikan masalah smpai dia xsempat stdy pn. tp kuasa Allah tu besar sgt.. berkat dia bekorban utk ibu dia, semua soalan yang masuk xam tu mnjadi mudah baginya utk dijawab. dia pernah terpilih sbg one of the best student kat tmpat dia belajar tu n won the best project kat sana. then bukan tu je.. Allah hadiahkan lagi kat dia utk sambung stdy degree smpai master kat UK, which was his mom's wish slama ni.  IELTS that he went through sblm fly pn bg sy sesuatu yg diluar jangkaan. jujur sy cakp, dia tak hebat pun English. tp nak kata betapa berkatnya dia usaha utk gembirakan hati seorang ibu, Allah bagi dia lulus IELTS n dpt smbung stdy di UK. hebat betul kuasa Allah, kan?

tu la nak cakap.. kalau kita buat baik kat ibu kita n slg kita xpernah putus asa utk teruskan hidup dengan ujian yg Allah bg, Dia akan bagi hadiah yg xterjangka utk kita. sesungguhnya Allah ada sebut dlm kitab Al-Quran 93:6 {sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan}. Allah tu sangatlah adil kan? Dia bukan bagi ujian utk kita berputus asa dr rahmatNya. namun semuanya atas kita. kalau kita yakin dengan janji Dia, pasti Dia akan balas setimpal dengan kepercayaan kita terhadapNya. moga2 cerita ni memberi manfaat utk kawan2 smua.

mohon rakan2 yg baca post ni agar mendoakan dia agar terus istiqamah dalam usaha dia menggembirakan hati ibunya. jom kawan2, kita syukur dengan apa yang ada, jom berbakti pd ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Allah timpakan kpd kita kesusahan agar kita sedar yg kita berpijak di bumiNya dan spy kita brbalik kdpNya. Allah hadiahkn pd kita sesuatu yg berharga buat kita bukan utk kita bersenang-senang semata-mata, tetapi itu juga sbg ujian buat kita. haaa..lg satu.. xbermakna org yg gagal  sekali dlm hdupnya akn gagal buat selama-lamanya. tgk kawan sy tu, dia dh buktikn. dan dia dh kalahkan saya berganda2. apa lah sgt result UPSR, PMR, dan SPM sy yg kononnya lebih hebat dr dia dlu. dia dh capai sesuatu yg lebih hbat dr sy, best stdent, best project dan skrg dia dpt fly kat negara org..silap2 hr bulan dpt jd best stdent kat sana plak. sape tau kan.. malunyaaa sy.........!

p/s: sy bukan nak mengumpat, tp sy rasa cerita ini wajar dikongsi bersama. maaf ye awak.

Saturday, December 8, 2012

carekarama di youtube

assalamualaikum everyone ! :D

ok, sekarang ni dah pukul 1.21 AM Malaysia. tiba2 rasa nak update blog pulak kan. hm.. alhamdulillah hari ni rasa free skit nak berbanding ngan weekend2 yang sebelum ni. so, aktiviti aku hari ni ialah tengok carekarama kat youtube.hehe. teruk kan? xpandai hargai masa betul. tapi aku rasa xla teruk sangat kot. lagipun sblm ni sgt jarang aku spend time depan tv nak tengok drama2 ni. so hari ni aku bedal 2 cerita sekaligus. hehe. yang mula2 tu aku tengok TAUBAT NASUHA. n then yg kedua tu SALAHKAH AKU. alhamdulillah cerita2 ni best n bermanfaat buat penonton. korang yang terbaca post aku ni n rasa cam nak tengok gak, bleh la search kat youtube.

to be honest hari ni aku rasa paling banyak nangi tengok crita2 ni. especially yang TAUBAT NASUHA tu. cerita dia sangat sedih. secara ringkas, cerita ni pasal seorang ayah yang sangat garang n xreti nak hargai isteri n anak2. last2 all of them meninggal, baru nak nyesal. yang aku sedih sgt tu sbb aku tengok budak2 yang jadi anak tu macam adik2 aku. huhu. budak2 tu sangat comel. walaupun nakal skit, tp bijak, n pandai hormat orang tua. yang tu aku suka. hm, harap2 nanti bila ada suami, suami aku x la segarang ayah yang dlm cite tu. bile tgk cite tu rasa macam bersyukur sangat ada papa yang xsegarang tu. sekurang2nya papa aku garang bertempat. yang mana salah, memang patut la ditegur. so bg korang yang masih ada ayah, cuba la hormati beliau seadanya. try to think positive. kalau budak2 dalam crita ni masih boleh hormat ayah diorang yang sgt garang tu, why not kita, kan?

cerita kedua lak pasal suami isteri. si suami yang warak nak betulkan isteri yang lagha, nak letakkan maruah isteri dia di tempat yang tinggi. so dia terpaksa berubah dari zuhud kepada orang yang bersosial. last2 isteri dia berubah jadi lebih baik. cite ni pun best gak. nak katanya, cara berdakwah tu luas. bukan sempit. n kita nak dakwah, xboleh la terlalu selfish. kita kena pandai bergaul dengan orang.  tp aku ade gak xpuas hati ngan cite ni sbb masa dia brubah utk jd sosial tu, dia ada sentuh2 tangan dgn pmpuan slain isteri dia.. hm.. apa pun, kita buang yang keruh, ambil yang jernih.

ok lah, nak sambung study microbe pulak. gram-positive, think positive. hehe.
nyte, assalamualaikum :D

Saturday, November 10, 2012

USIM di hatiku

this are what USIMIANs should know :

Bila orang tanya,

1) di mana lambang Islam yang dapat dilihat pada USIM?
bangunan kotak2 je...
jawapan: sebaik sahaja kamu melangkah masuk ke pintu utama USIM, kamu sebenarnya sedang menghadap ke arah kiblat. kita lihat pada roh, bukan jasad. jasad boleh hilang, tapi roh akan kekal. (jasad itu bangunan, roh itu arah kiblat)

2) kenapa letak lambang airmata kat depan2 pintu utama USIM tu?
jawapan: itu bukan air mata, itu ialah setitik embun @ setitik minyak zaitun.
p/s : boleh refer Surah AnNur, ayat 35 untuk keterangan lanjut mengenai minyak zaitun. USIM sebenarnya mahu melahirkan pelajar yang bermanfaat kepada semua manusia lain, yang mampu menyinari alam. minyak zaitun itu ibarat kita.

3) kalimah Iqra' pada lambang air mata tu apa fungsinya?
jawapan: supaya sebaik-baik sahaja kita melangkah masuk ke USIM, menghadap ke kiblat, mudah-mudahan kita ingat tujuan asal kita untuk menambah ilmu yang ada di dalamnya.

4) kenapa courses kat USIM perlu ada hafazan dan subject yang relate dengan agama Islam?
jawapan : kerana segala ilmu semuanya bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. sedangkan wayar elektirk itu pun mencontohi ciptaan Allah. manusia ada vein, artery and nerve. wayar ada wayar hidup, wayar bumi dan wayar neutral.

sahabat, please take note semua ni. kita pegang amanah besar sebenarnya. betapa besar hasrat USIM untuk melahirkan pelajar Islam yang mampu menyinar di muka bumi ini. Kembalikan zaman kegemilangan kita. jom sama-sama sayang, cinta pada USIM!

"bukan senang untuk mewujudkan universiti ini."-TNC
"jangan ada siapa-siapa yang berani mengkhianati penubuhan universiti ini."- Tun Dr. Mahathir Mohamad

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! ♥
 

sumber : TNC USIM

Thursday, August 9, 2012

biodata diri, insan kerdil belajar mengenal dunia


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dapat gak update blog yang dah berzaman xjenguk.hehe. hari ni, saya  aku ada azam baru. Azam untuk menghidupkan blog ni balik ngan kata2 yang entah pape. Tentang hidup dan tentang pengalaman yang mengajar diri ini untuk hidup (berbelit2) haha. Ok la, aku tau xde orang pun nak baca post ni. kire syok sendiri gak la ni. Xpe dah biasa.haha :d

Baiklah, untuk hidupkan balik blog ni, aku berhajat nak kenalkan diri ini bermula dari kecil sampai ke apa adanya aku hari ni.

Alhamdulillah aku diberi nama yang baik dari kedua-dua papa dan mama kesayanganku. Namaku Siti Norhasanah binti Hassan. insyaAllah 17 oktober 2012 ni genap umurku 20 tahun. 20 tahun?? Tua daa.. L ok la.. tua2 harapnya makin meced, mkin bertambah amalan aku kat dunia ni.amin.. aku satu-satunya anak perempuan dlm keluarga. Ada 2 org abang yang berbeza perangainya dan 4 org adik yang sangat ceria dan mental. :p aku anak Kelantan sejati. Asal di Kelantan dan dibesarkan di Kelantan. Aku anak seorang pembantu veterinar dan seorang guru. Dibesarkan oleh seorang papa, seorang mama, dan dua orang ibu saudara. Berkat air tangan mereka membesarkan aku, maka inilah aku sekarang. Seorang insan yang asalnya kerdil yang bakal menjadi seorang doktor gigi insyaAllah. Aku tiada hobi yang rigid. Aku jenis yang flexible. Aku minat menulis walaupun penulisanku tidak sehebat Hlovate. Aku minat menyanyi walaupun suaraku tidak selunak Siti Nurhaliza. Aku minat melukis walaupun lukisanku tidak sehebat Leonardo Da Vinci. Aku minat bermain gitar walaupun tidak sehebat Yuna.

english presentation- the art of guitar

akasia seni-malangnya aku xmenang pun.heh,

BUDAK MENTAH
Waktu kecil, aku ni seorang anak yang tersangat manja dan selalu dibuli oleh kedua2 abg aku. Aku suka sangat ‘melawat’ hospital xkira waktu disebabkan penyakit lelah yang aku hidap sejak kecil. Alhamdulillah sekarang penyakit tu dah ok. Masa kecik, aku suka main ‘adik-adik’ dengan adik dan kazen2 aku. Paling best masa main dengan dorang ialah waktu main ‘doktor-doktor’. aku pernah ambil ubat dalam peti ais dan telan sampai habis. aku heran tengok kenapa mama letak air kosong dalam botol ubat.padahal tu ubat lelah aku.haha. Ok dah besar ni aku dah xmanja sangat, tapi terbalik. Aku jadi kuat berleter dan agak tegas.

7 TAHUN DI SKKK1
SKKK1 merupakan sekolah pertama aku selepas masuk ke taski ripas almardhiah selama 2 hari.hehe. usah dicerita kenapa hanya 2 hari di taski tu.pengalaman budak kecik xtahu pape.haha. SKKK1 banyak mengajar aku erti hidup walaupun waktu tu aku hanyalah budak sekolah rendah, yang fikirannya nyata masih mentah. Pengalaman di sana sangatlah best walaupun ada masanya aku rasa macam xnak ingat ape yang aku dah buat kat sekolah tu. Pernah dilamar dengan cincin SUNQUICK ketika usiaku 7tahun oleh seorang lelaki kacak prasekolah yang baru usia 6 tahun waktu tu. Namanya aku masih ingat. Tapi xpayah la nak mention kan.hehe. sweet betol budak tu. :P waktu usia darjah 1-4 aku xingat sangat. Tapi ape yang boleh diceritakan, aku ni macam anak raja. Tiap kali ada perhimpunan, aku jarang bawak beg aku naik kelas sebab mama akan mintak tlg student dia bawakan beg aku naik ke kelas. Bukan saja2 tau. Aku kan lelah.cepat semput. (alasan) haha. Waktu darjah 5, aku mula memberanikan diri dgn join choral speaking sekolah dan pertandingan bakat doktor muda. Pengalaman mnjadi ‘tok jogho’ dalam dikir barat sekolah sangat2 berharga bagiku sbb banyak mengajar aku bagaimana nak hilangkan rasa malu bila berdepan dengan orang. Alhamdulillah pengalaman itu aku bawa smpai ke hari ni. Terima kasih cikgu! :)

NAIM, BUMI TARBIAHKU
Budak kelas ke 3 tercorot merangkak ke kelas pertama. 
Pengalaman mengajar diri untuk berdiri dan berlari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman mendidik diri mencari di mana kebolehan diri.

Tingkatan 1
Setelah mencapai  5A dalam UPSR, aku meneruskan pengajian di SMKA Naim Lilbanat, bumi tarbiah yang sangat aku cintai. Waktu di tingkatan 1, aku pernah dilantik sbg AJK Taekwondo. Tapi terus terang aku cakap, aku failed utk pikul tanggungjawab tu. Aku selalu ponteng latihan. To be honest, aku memang xpandai pikul tanggungjawab. Pernah juga dilantik jadi ketua prep, tapi aku sendiri prep kelas lain.hehe. Dalam kelas, aku xsehebat orang lain. Tingkatan 1 aku banyak main. Waktu prep aku selalu karang novel sbb itu minat aku. Ada 2 novel aku karang time tu. Lepas karang, kawan2 akan mintak untuk baca. Tapi novel tu xpernah siap sampai sekarang.hehe. Aku ingat lagi result awal2 exam dpt 3A. lepas tu 6A. dan final tingkatan 1 aku dpt 3A sbb aku asyik dengan novel tu je. akibatnya aku terpaksa stay kelas sama, iaitu kelas ke 3 terakhir dlm tingkatan, 2US sedangkan kawan2 aku semua dapat naik kelas. Sedih sangat kan ? huhu.

Tingkatan 2
Waktu tingkatan 2US, aku satu geng dengan 4 orang kawan yang berulang, aku sorang je duk asrama. Kami selalu compete untuk dpt result gempak tiap kali xam walaupun selalu meniru. :p waktu prep, aku akn selalu prep klas 2UA, kelas terawal dalam tingkatan sbb kat situ ada mimi,sahabat baik aku dan rakan2 seperjuangan yang dahulunya kami satu kelas. Banyak masa aku habiskan dengan mereka sampai akhirnya kami wujudkan satu group, SEPSMILEY. 9 orang semuanya. Mimi, ili, tikah, yeng, mawaddah, farhanah, aimi, ijan dan aku. Kawan2 baik aku ni la yang banyak ajar aku andai ada yang aku xfaham dalam pelajaran. kami ni mental juga kadang2. :p

Tingkatan 3
Berkat pertolongan dari kawan2 dan guru, Alhamdulillah aku dapat naik 2 kelas kehadapan berbanding sebelumnya waktu di tingkatan 3. Aku ditempatkan di 3UH, kelas ke2 dalam tingkatan. Aku pun tak sangka sebenarnya dapat naik sampai 2 kelas, tapi rasa syukur sangat2. Maksudnya kat sini, budak xpandai macam aku ni pun boleh berjaya, cuma masa tingkatan 1 dulu aku lalai. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan? Dalam kelas ni aku sekelas dengan mawaddah, geng aku juga. Pengalaman paling aku ingat waktu di kelas ni ialah masa exam math, subjek yang aku selalu blurr. Aku pernah cuba untuk meniru waktu exam tu.malangnya tertangkap. Teacher yang jaga xam tu datang tepi aku dan cakap, “ kalau saya nampak sekali lagi awak cuba tiru, saya akan koyak kertas awak.” Gilerr cuak aku time tu. Ya Allah..rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Tapi tu la pengalaman yang benar2 mendidik aku. Mulai hari tu, aku makin semangat nak blajar sampai faham subjek tu. Aku banyak rujuk kawan2 dan abg aku. Alhamdulillah berkat usaha, teguran dan ajaran guru2 dan rakan2, aku akhirnya berjaya dapat 9A PMR. Memang tak sangka sebenarnya sebab aku sedar siapa aku dulu. Pengalaman ambil result PMR best juga kalau nak cerita, tapi yang paling best bila aku dgn kawan2 dapat masuk surat khabar BH. Kira bangga la juga.hehe :p

Tingkatan 4
Waktu tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4UK, kelas ke2 aliran sains. 90orang semuanya yang dapat 9A PMR lepas sehinggakan jumlah pelajar terpaksa dikekalkan seperti di tingkatan 3. Pengalaman di kelas ini tidak lah banyak. Tapi yg paling aku ingat, kelas kami digelar kelas paling senyap dalam dunia. Gelaran tu bukan dari mulut pelajar lain je, tp cikgu2 sendiri pun cakap macam tu. Ohh lupa, yang paling best aku ingat waktu dlm kelas ni, aku kenal dengan musfirah dan aini. Kami duduk di seat paling depan, 3 orang semuanya. Mus ngan aini naqibah. Diaorang banyak gak sampaikan ilmu2 keakhiratan kat aku. Waktu ni aku belajar untuk jadi lagi baik drpd aku yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Tingkatan 5
Waktu di tingkatan 5, aku berjaya naik 1 kelas kehadapan. 5USL, kelas pertama aliran sains. Alhamdulillah. Sungguh, aku xsangka dapat berada di kelas pertama di sekolah yang hebat bagiku. Time ni, aku mula berjinak-jinak dengan nasyid sekolah, SOUNTUN NAIM. Aku ingat lagi, waktu aku tingkatan 1 dulu, pernah aku cakap pada diri sendiri, “ satu hari aku nak pakai baju nasyid tu. Cantik sangat!” Alhamdulillah akhirnya impian aku tercapai. Aku pemain tamborim. Alhamdulillah pasukan kami berjaya bawa nama Naim sampai ke peringkat kebangsaan. Pencapaian tertinggi kami ialah Johan Pertandingan Nasyid Hari Belia dan Negara dan tempat ke 4 ASAT peringkat kebangsaan. Disebabkan pasukan kami aktif dan selalu buat persembahan apabila ada lawatan ke sekolah, aku terpaksa banyak ponteng kelas. Cikgu2 ramai yang risau tengok kami yang banyak tinggal kelas ni. Dan selalu juga aku kena marah2 dengan cikgu, especially untuk subjek addmath. Cikgu tu garang, tapi aku faham, dia nak tengok aku berjaya. Walau apa pun, Alhamdulillah aku berjaya dapat 10A 1B SPM setelah menerima dugaan demam dan lelah waktu exam. Oh ya, 1B tu subjek fizik. Aku memang lemah subjek tu.sedang terima kenyataan. :d

soutun naim- jiwaku


TAMHIDI USIM
Asalnya bidang pergigian dan USIM bukan pilihanku. Aku cuma ikut kawan, seorang best student naim dan juga desk partner aku, ijan. Pada mulanya ada juga rasa kesal sbb xdapat pilihan pertama aku, farmasi UIA. Tapi aku redha. Mungkin ini ketetapanNya untukku. Dia lebih tahu. Waktu tamhidi, aku masih tak nampak apa yang bidang pergigian belajar sebab semua subjek yang diajar bagi aliran Sains semuanya sama.  Result sem pertama aku kurang memuaskan. 3.45. mungkin juga sebab selalu stress waktu nak xam  sampai nangis2 telefon mama.hehe. masuk sem baru, aku mula rapat dengan best fren aku sekarang, Lynn. Dia paling banyak ajar aku. Dia ubah mind aku. Kalau dulu aku selalu stress bila nak exam, sekarang tak lagi. Dia bagi aku kata2 semangat sampai aku menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan. Paling aku ingat, dia pesan, “ Allah nilai usaha, bukan hasilnya.” Aku makin tenang. Sehingga hari ni, itu yang akan aku ulang2 waktu nak exam. Aku dah usaha. Aku serah pada Allah. Dia penilai terhebat, tidak ada yang hebat selainNYa. Alhamdulillah sem ke 2 aku berjaya dapat 3.75, yang mana bagi aku, itu sudah cukup baik.

DENTIST-TO-BE
Alhamdulillah dengan result tersebut, aku kini menuntut di fakulti pergigian USIM cawangan Pandan Indah. Masuk tahun 1 barulah aku nampak jalan yang aku pilih, bidang pergigian. Best rupanya belajar dalam bidang ni. Kami belajar sama macam student medic, cuma kami extra 1 sbjek penting, Oral Biology, subjek yg paling aku minat. Best dapat blaja curving gigi, kenal nama2 gigi.. Kami sekelas cuma 29 orang. 5 lelaki, 24 perempuan. Kami macam satu keluarga, macam adik-beradik. Seronok. Kini kami sedang menikmati cuti sem yang masih berbaki 3 minggu selepas 1 tahun bekerja keras memahami subjek2 tahun 1 yang memeningkan kepala. Result final dah keluar semalam. dan hasilnya memuaskan. Alhamdulillah.

gigi yang dah berjaya dicurve :)


Semester depan aku bakal memegang jawatan sebagai Setiausaha Dental Student Club. Allah.., dugaan. Macam aku kata awal2, aku memang lemah bab2 tanggungjawab. Risau juga kalau2 tak mampu galas tanggungjawab besar ni dengan baik. Andai ada siapa2 yang baca post ni, mohon doakan aku. Tanggungjawab ini amanah Allah. Cuak! Moga pengalaman yang bakal aku tempuh nanti mampu menjadikan aku lebih matang. Moga Allah memberikan kejayaan untuk aku dan rakan2 seperjuangan untuk meneruskan hidup di bidang pergigian ini. Moga kami tidak terlalu leka dalam mengejar ilmu dunia sehingga meninggalkan ilmu akhirat. Jadikan kami doktor gigi yang berjaya dan seimbang dunia akhirat.amin..

Eh eh, dah panjang lebar aku berceramah tentang diri sendiri.hehe. ok2, setakat ni dulu dari aku. Inilah aku sekarang. Moga2 andai ada yang terbaca post ni dapat ambil ibrahnya dari kisah aku. Aku bukanlah budak baik, tetapi sedang berusaha untuk jadi lebih baik. Aku bukanlah pelajar cemerlang, tapi berusaha untuk berdiri di barisan terbilang. Aku bukanlah budak yang serba tahu, tetapi cuba untuk belajar sesuatu. Aku bukannya bangkit sendiri, aku hidup kerana Dia. Aku bukan mengatur langkah sendiri, aku dibantu orang2 yang sentiasa disampingku. Terima kasih mama, papa, abang2, adik2, aunty2, uncle2, cikgu2, kawan2. Doaku selalu bersamamu. :)

Friday, March 2, 2012

kenali, ingati, cintai rasulullah s.a.w.

manusia hari ini lebih mengenali & mengagungkan artis berbanding insan yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Benarkah ?

cuba tanya pada diri kita,
sejauh mana kita mengenali rasulullah s.a.w ? nama penuh rasulullah, nama2 gelaran, bangsa baginda s.a.w, tarikh dan tempat kelahiran, nama2 anak dan isteri2 rasulullah. Itu cuma asas. namun tahukah kita ? ingatkah kita ?

mengenali rasulullah bukan hanya utk kanak2 tadika, kawan2.. bukan juga untuk lulus subjek PAI semata-mata atau sekadar menghafal dan kemudian melupakan. Baginda rasul kita, kerana pengorbanan baginda, Alhamdulillah kita hidup dalam Islam. Hanya baginda yang mampu memberi syafaat kepada kita nanti, bukan artis yang digilai itu, bukan orang lain yang kita cintai di dunia ini. Hanya baginda, Muhammad s.a.w.

kerana itu, ayuh kawan2.. kita kenal, kita ingat, dan tidak lagi melupakan kecuali Allah menarik nikmat ingat itu.

nama baginda : Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab. ( ada lagi panjang )
nama gelaran : Al-Amin, Abu Qasim
bangsa : Arab Quraisy
tarikh lahir : hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah
tempat lahir : Mekah
nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab
nama2 anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum , Ruqayyah

mengingati rasulullah bukan hanya pada maulidurrasul, mengingati Allah dan kekasih Allah itu perlu selalu. jom selawat :)

Tuesday, February 21, 2012

tubuh badan kita adalah amanah Allah.

bismillahirrahmanirrahim..


semalam sy berborak dengan mama, dan pagi tadi sy berfikir sejenak. teringat kata2 mama semalam.
"biarlah apa pun orang nak cakap, nak komen pasal apa yang ada pada diri kita, sebab itu semua Allah yang buat, Allah pinjamkan pada kita sekejap je. nanti Allah soal balik apa yang kita buat dengan segala yang Allah pinjamkan. kalau kakak tnya orang tu, boleh x dia buat apa yang dia komen pasal kakak sebiji macam ciptaan yang Allah dah buat, boleh? " tersentak saya sejenak. bukan sebab xpernah terfikir itu semua. tapi sebab dah terleka dengan dunia, sampai semua tu diletak ke tepi. Allah ciptakan manusia sbgai khalifah di muka bumi ni, bukan utk berfoya-foya dan hanyut dalam dunia. sy sendiri kesal bila terkenangkan apa yang sy dah buat dengan segala amanah Allah pada diri sy. cuba kita lihat pada diri kita.


mata untuk apa?
mulut untuk apa?
tangan untuk apa?
kaki untuk apa?


kalau sekarang ni tgh on9, 


apa kita buat dengan mata kita ? melihat perkara berfaedah atau menjadi stalker setia gadis2 cun? kalau melihat perkara yg baik, alhamdulillah, tp kalau tak, segeralah berhentilah melihat apa yang tidak sepatutnya.


kemudian lihat pada tangan kita, apa yang kita buat dengannya ? apa yang kita taip, berfaedahkah ia? pahala atau dosa yang kita cari dalam internet ni? apa sumbangan kita dengan menaip di facebook, blog dan sbgainya?


lihat pada mulut pula. apa yang kita berkata2 semasa on9? berzikir atau mengumpat seorang diri? atau juga sedang menyanyi girang? fikir2kanlah.


kemudian lihat pula pada kaki. adakah kaki kita segera bangkit untuk menunaikan solat atau melangkah ke masjid tatkala terdengar seruan azan. atau kita membiarkan sahaja laungan itu berkumandang ? jangan kita jadikan komputer, atau laptop, atau segala macam gadget yang ada sebagai alat utk mempersekutukan Allah tanpa sedar.


fikir dan zikir. berubah sebelum terlambat. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. semoga kita bersama mendapat hidayah dariNya. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. selamat beramal. :)