Saturday, August 10, 2013

tudung raya! ;)

Assalamualaikum w.b.t. Hai hai hai everyone! Selamat hari raya maaf zahir batin semua! J Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah hari ni dah masuk raya ke 4. Haa..disebabkan musim raya ni, on9 je trus nmpak org update pasal raya kan.. tak kira la fb ke, tweeter ke, instagram ke, we chat.. semua lah org cakap pasal raya. So, kali ni aku tak bercadang nak cite pasal cerita raya macam depa tu, aku cuma nak berkongsi cara nak style tudung untuk raya ni. Hehehe. Sebabnya aku excited giler lpas try tutorial tranformasi tudung bidang 60 ke shawl. Weeeee!

Well, aku ni sebenarnya gila shawl. Ok, over sangat cakap gila.. emm, xde la gila sangat pun. Tapi suka la..walaupun adik2 selalu cakap aku pakai shawl nampak macam botak.thehe.. tp kali ni bila aku pakai style yg baru ni, xde pulak depa ni duk cakap aku botak ke hape.

So, kat sini aku nak share kepada sesapa yang xberminat nak beli shawl tapi teringin sangat nak pakai macam shawl2 gitu, bole la cuba tutorial yang kat youtube, "bawal bidang 60"


Sebenarnya aku sekarang ni dalam proses nak tambah koleksi tudung bidang 50,55, 60. Disebabkan hal ni, so aku dah tak berapa berminat la nak bali shawl ke or sebarang tudung lain. So, untuk raya ni buat la style tudung cenggini. Sape2 yang berminat, bole la cuba. Macam yang aku pakai tu, tu tudung akel 2 tone. Kalau nak buat style mcam ni pakai tudung bawal takut jarang sangat. Kalau pkai akel best sbb lembut dan plain dan bestttt..hehe. tapi kalau boleh, usahakan utk pkai inner neck kat dalam sbb takut nampak jarang sikit. Sebenarnya utk tudung bidang 45 pun boleh buat style shawl, cuma agak kecik sikit la. Ermmmm, ok la.. setakat ni dulu la kot. Nak pergi tolong mama masak pulak, ada tetamu special nak datang nanti.thehehehe.. assalamualaikum semua. Selamat beramal! J

Wednesday, July 31, 2013

Iftar Jamaei with sep9

Assalamulaikum everyone! Salam 24 ramadhan. Salam 1 ogos. Err..perlu ke 1 ogos tu? Hehe.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur sebab dapat hidup lagi dalam bulan yang mulia ni. Sekali setahun. Bulan yang sentiasa dirindui sahabat2 rasul. Bulan yang sentiasa didambakan oleh seluruh umat Islam di muka bumi ini. Alhamdulillah.

Jadi sempena bulan puasa ni, hati ni nak sangat je update pasal iftar with my girlgirl hari tu. Alhamdulillah hari tu, bersamaan 27 julai 2013 sep9 yang terdiri daripada aku, mimi, mc kah, siha, dah, yeng dan panah berjaya berbuka puasa sama-sama.yey! eh, cop. Cakap sep 9. Mana lagi 2? Ooh.. sebenarnya depa ni sibuk sangat..study obesi katakan.hehe. ijan dengan aimi xdapat join kitorang sebab diorang xdapat balik. Diorang berpuasa dan beraya kat Jordan dan US! Fuyoo..kawan aku.hebat2.

Macam biasa lepas zohor, driver yang kucintai (atiqah sayang) datang umah untuk pick aku bawak pergi kbmall.hehe. opss, bukan driver pon..sahabat tercinta sebenarnya.hehe. tq kahhh! Ok then, kitorang smpai sana, terus cari geng2 yang dah sampai. Ceh, bajet ganaszz sangat cakap geng.haha. ok la, ok la..kita cari kawan kita yang dah sampai situ. Lepas tu kitorang main sembunyi2 bajet cute kat ruang legar kb mall tu. Lepas tu kitorang salam2, peluk cium, borak2.. lepas tu pergi kedai telipon.. lepas tu kitorang pergi usha hadiah utk kawan kitorang yang nak kawen raya ke 5 ni, mc kuh. Ni sebenarnya pengalaman pertama kitorang cari hadiah kawen kat kawan sebab mc kuh orang pertama yang kawen dalam batch kitorang. Waaaaaaa….congratulation kawan! I xsangka u.hehe.

Ok, lepas dapat 1 oven, kitorang solat, lepas tu bertolak ke destinasi berbuaka puasa kami di new horizon. Alhamdulillah. Sampai je sana, kitorang pun mula la berposing2 bajet lawa, cantik, cun semua bagai.hehe. untuk kenangan sebenarnya. Maklum lah, kitorang ni rumah dah la jauh2, belajar pun jauh2, setahun sekali jumpa memang sah2 la nak jugak ambik gambar, simpan dalam fon kan.. nah, ambik 1 gambar kitorang, the ex-naimian! Hehe


Menu berbuka malam tu best.. ada chicken mango, butter prawn, red tom yam..uuuuuu..SEDAPPPP..ha, tengok tu. Dah terCAPS LOCK. Aku serius cakap ni.hehe. harga kitorang makan malam tu RM25 lebih seorang.kira ok la..sebab makanan kat situ best..tempat dia pun best.. kitorang solat dulu sebelum makan sebab xnak berebut dengan org ramai yg berbuka kat situ.penuh kot meja2 kat situ sebab ramai sangat.restoran gred A u.hehe

Lepas siap makan, kitorang pun bertolak ke SMKA Naim Lilbanat, bumi tarbiyah kami. Kat sini la kitorang mula kenal satu sama lain, mula buat geng.hehe. banyakkkk sangat kenangan kat sini. Kalau nak cakap pasal tu kena ada post lain pulak baru kaw2 boleh cerita. Malam tu kitorang berterawih di naim. Sedap je dengar adik yang jadi imam tu baca ayat Quran. Diorang hafal Quran kot..sbb bukan ayat lazim. Kagum kejap dengan generasi baru di Naim. Haibatlah korang!

Ok, lepas siap tu kitorang pun lepak kejap kat meja bulat depan library tu. Ooh.. rindu saat tu. Imbas balik kenangan lama sama2. Smua melayan perasaan je.ihik. pastu snap pitca bajet budak skolah situ lagi.hehe. then, lepas puas lepak, kitorang meneruskan perjalanan malam yang masih muda tu utk ke wakaf che yeh. Sampai sana, semua parking penuh. Errr..xjadi nak beli baju raya.ehe. kat situ je kita mampu beli. ;p memandangkan time tu dah pukul 11, jadi mc kah yang drive kereta cakap nak balik je. Tapi satu kereta yang mimi drive tu berdegil jugak nak bershopping kat situ. Amek kau degil..hahaha. so, kitorang berpisah la kat situ. Then, mc kah hantar aku dan siha balik.

Dah sampai rumah tu, moment yang aku suka bila lepas peluk cium diorang tu, siha pesan2, last word dia,  jaga iman. Auwwww..tetiba rasa sedih.huhu. nanges dalam hati. Terharu bila kawan baik kita cakap, jaga iman. Ye la..sebab biasanya bila dah jadi geng yang agak suka menggila ni, mana ada terkeluar ayat2 macam tu.hehe. tq sihaa! Sentap kejap.


Ok lah, till then. Selamat berpuasa dan beribadah. Jaga iman semua! ;)