Monday, November 28, 2011

awak pun adik saya :)

saya teringin sangat nak jaga awak betul2, sbb awak sama macam saya. kita manusia biasa je. selalu buat salah. dan manusia x pernah dan x akan sempurna. kita sama2 anak perempuan sorang dalam keluarga. we are the princess ;D

awak, saya kagum dengan awak. sbb saya kenal awak yang dulu dan awak yang sekarang. saya kagum dengan perubahan awak. dan saya memang yakin awak mampu berubah. sbb kita ada satu pegangan iaitu agama.

awak, kalau boleh saya nak ada di samping awak, dengar luahan hati awak. sbb saya tahu banyak kesulitan yang awak lalui dalam hidup awak. saya kagum dengan awak. awak kuat. awak masih boleh senyum dan mampu lakukan perubahan ke arah kebaikan sedang hati awak masih lagi kesedihan.

awak, maaf kalau selama ni saya selalu sangat membebel kat awak. mungkin awak bosan. tapi niat saya cuma satu. saya nak sangat tengok awak kembali pada awak yang asal. saya nak sangat awak jadi lebih baik dari saya. saya teringin dan selalu nak nasihat awak. sbb awak dah macam adik saya. saya xde adik perempuan. tapi dengan adanya awak, buatkan saya rasa macam awak satu-satunya adik perempuan saya ada, yang perlu saya jaga sebaiknya.

awak, saya harap awak mampu kekalkan perubahan baik yang awak dah lakukan tu. dan saya harap saya dapat perbaharui apa yang terkurang yang ada pada diri saya. moga ukhwah kita berada di landasan yang benar keranaNya.

awak, be strong, ya? insyaAllah saya akan selalu doakan awak dan keluarga. semoga dilimpahkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. tawakkal dan doa, itu yang penting. saya sayang awak, Siti Nur Fazlin Badli Shah. (:

p/s : syukurlah dengan apa yang kita ada. jangan suka memandang hina pada insan yang kita tidak tahu akan hati budinya. nasihatlah selagi mampu. sesungguhnya amar makruf itu yang terbaik. sama2 kita mendapat redhaNya. ameen..

No comments: