Thursday, August 9, 2012

biodata diri, insan kerdil belajar mengenal dunia


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dapat gak update blog yang dah berzaman xjenguk.hehe. hari ni, saya  aku ada azam baru. Azam untuk menghidupkan blog ni balik ngan kata2 yang entah pape. Tentang hidup dan tentang pengalaman yang mengajar diri ini untuk hidup (berbelit2) haha. Ok la, aku tau xde orang pun nak baca post ni. kire syok sendiri gak la ni. Xpe dah biasa.haha :d

Baiklah, untuk hidupkan balik blog ni, aku berhajat nak kenalkan diri ini bermula dari kecil sampai ke apa adanya aku hari ni.

Alhamdulillah aku diberi nama yang baik dari kedua-dua papa dan mama kesayanganku. Namaku Siti Norhasanah binti Hassan. insyaAllah 17 oktober 2012 ni genap umurku 20 tahun. 20 tahun?? Tua daa.. L ok la.. tua2 harapnya makin meced, mkin bertambah amalan aku kat dunia ni.amin.. aku satu-satunya anak perempuan dlm keluarga. Ada 2 org abang yang berbeza perangainya dan 4 org adik yang sangat ceria dan mental. :p aku anak Kelantan sejati. Asal di Kelantan dan dibesarkan di Kelantan. Aku anak seorang pembantu veterinar dan seorang guru. Dibesarkan oleh seorang papa, seorang mama, dan dua orang ibu saudara. Berkat air tangan mereka membesarkan aku, maka inilah aku sekarang. Seorang insan yang asalnya kerdil yang bakal menjadi seorang doktor gigi insyaAllah. Aku tiada hobi yang rigid. Aku jenis yang flexible. Aku minat menulis walaupun penulisanku tidak sehebat Hlovate. Aku minat menyanyi walaupun suaraku tidak selunak Siti Nurhaliza. Aku minat melukis walaupun lukisanku tidak sehebat Leonardo Da Vinci. Aku minat bermain gitar walaupun tidak sehebat Yuna.

english presentation- the art of guitar

akasia seni-malangnya aku xmenang pun.heh,

BUDAK MENTAH
Waktu kecil, aku ni seorang anak yang tersangat manja dan selalu dibuli oleh kedua2 abg aku. Aku suka sangat ‘melawat’ hospital xkira waktu disebabkan penyakit lelah yang aku hidap sejak kecil. Alhamdulillah sekarang penyakit tu dah ok. Masa kecik, aku suka main ‘adik-adik’ dengan adik dan kazen2 aku. Paling best masa main dengan dorang ialah waktu main ‘doktor-doktor’. aku pernah ambil ubat dalam peti ais dan telan sampai habis. aku heran tengok kenapa mama letak air kosong dalam botol ubat.padahal tu ubat lelah aku.haha. Ok dah besar ni aku dah xmanja sangat, tapi terbalik. Aku jadi kuat berleter dan agak tegas.

7 TAHUN DI SKKK1
SKKK1 merupakan sekolah pertama aku selepas masuk ke taski ripas almardhiah selama 2 hari.hehe. usah dicerita kenapa hanya 2 hari di taski tu.pengalaman budak kecik xtahu pape.haha. SKKK1 banyak mengajar aku erti hidup walaupun waktu tu aku hanyalah budak sekolah rendah, yang fikirannya nyata masih mentah. Pengalaman di sana sangatlah best walaupun ada masanya aku rasa macam xnak ingat ape yang aku dah buat kat sekolah tu. Pernah dilamar dengan cincin SUNQUICK ketika usiaku 7tahun oleh seorang lelaki kacak prasekolah yang baru usia 6 tahun waktu tu. Namanya aku masih ingat. Tapi xpayah la nak mention kan.hehe. sweet betol budak tu. :P waktu usia darjah 1-4 aku xingat sangat. Tapi ape yang boleh diceritakan, aku ni macam anak raja. Tiap kali ada perhimpunan, aku jarang bawak beg aku naik kelas sebab mama akan mintak tlg student dia bawakan beg aku naik ke kelas. Bukan saja2 tau. Aku kan lelah.cepat semput. (alasan) haha. Waktu darjah 5, aku mula memberanikan diri dgn join choral speaking sekolah dan pertandingan bakat doktor muda. Pengalaman mnjadi ‘tok jogho’ dalam dikir barat sekolah sangat2 berharga bagiku sbb banyak mengajar aku bagaimana nak hilangkan rasa malu bila berdepan dengan orang. Alhamdulillah pengalaman itu aku bawa smpai ke hari ni. Terima kasih cikgu! :)

NAIM, BUMI TARBIAHKU
Budak kelas ke 3 tercorot merangkak ke kelas pertama. 
Pengalaman mengajar diri untuk berdiri dan berlari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman mendidik diri mencari di mana kebolehan diri.

Tingkatan 1
Setelah mencapai  5A dalam UPSR, aku meneruskan pengajian di SMKA Naim Lilbanat, bumi tarbiah yang sangat aku cintai. Waktu di tingkatan 1, aku pernah dilantik sbg AJK Taekwondo. Tapi terus terang aku cakap, aku failed utk pikul tanggungjawab tu. Aku selalu ponteng latihan. To be honest, aku memang xpandai pikul tanggungjawab. Pernah juga dilantik jadi ketua prep, tapi aku sendiri prep kelas lain.hehe. Dalam kelas, aku xsehebat orang lain. Tingkatan 1 aku banyak main. Waktu prep aku selalu karang novel sbb itu minat aku. Ada 2 novel aku karang time tu. Lepas karang, kawan2 akan mintak untuk baca. Tapi novel tu xpernah siap sampai sekarang.hehe. Aku ingat lagi result awal2 exam dpt 3A. lepas tu 6A. dan final tingkatan 1 aku dpt 3A sbb aku asyik dengan novel tu je. akibatnya aku terpaksa stay kelas sama, iaitu kelas ke 3 terakhir dlm tingkatan, 2US sedangkan kawan2 aku semua dapat naik kelas. Sedih sangat kan ? huhu.

Tingkatan 2
Waktu tingkatan 2US, aku satu geng dengan 4 orang kawan yang berulang, aku sorang je duk asrama. Kami selalu compete untuk dpt result gempak tiap kali xam walaupun selalu meniru. :p waktu prep, aku akn selalu prep klas 2UA, kelas terawal dalam tingkatan sbb kat situ ada mimi,sahabat baik aku dan rakan2 seperjuangan yang dahulunya kami satu kelas. Banyak masa aku habiskan dengan mereka sampai akhirnya kami wujudkan satu group, SEPSMILEY. 9 orang semuanya. Mimi, ili, tikah, yeng, mawaddah, farhanah, aimi, ijan dan aku. Kawan2 baik aku ni la yang banyak ajar aku andai ada yang aku xfaham dalam pelajaran. kami ni mental juga kadang2. :p

Tingkatan 3
Berkat pertolongan dari kawan2 dan guru, Alhamdulillah aku dapat naik 2 kelas kehadapan berbanding sebelumnya waktu di tingkatan 3. Aku ditempatkan di 3UH, kelas ke2 dalam tingkatan. Aku pun tak sangka sebenarnya dapat naik sampai 2 kelas, tapi rasa syukur sangat2. Maksudnya kat sini, budak xpandai macam aku ni pun boleh berjaya, cuma masa tingkatan 1 dulu aku lalai. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan? Dalam kelas ni aku sekelas dengan mawaddah, geng aku juga. Pengalaman paling aku ingat waktu di kelas ni ialah masa exam math, subjek yang aku selalu blurr. Aku pernah cuba untuk meniru waktu exam tu.malangnya tertangkap. Teacher yang jaga xam tu datang tepi aku dan cakap, “ kalau saya nampak sekali lagi awak cuba tiru, saya akan koyak kertas awak.” Gilerr cuak aku time tu. Ya Allah..rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Tapi tu la pengalaman yang benar2 mendidik aku. Mulai hari tu, aku makin semangat nak blajar sampai faham subjek tu. Aku banyak rujuk kawan2 dan abg aku. Alhamdulillah berkat usaha, teguran dan ajaran guru2 dan rakan2, aku akhirnya berjaya dapat 9A PMR. Memang tak sangka sebenarnya sebab aku sedar siapa aku dulu. Pengalaman ambil result PMR best juga kalau nak cerita, tapi yang paling best bila aku dgn kawan2 dapat masuk surat khabar BH. Kira bangga la juga.hehe :p

Tingkatan 4
Waktu tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4UK, kelas ke2 aliran sains. 90orang semuanya yang dapat 9A PMR lepas sehinggakan jumlah pelajar terpaksa dikekalkan seperti di tingkatan 3. Pengalaman di kelas ini tidak lah banyak. Tapi yg paling aku ingat, kelas kami digelar kelas paling senyap dalam dunia. Gelaran tu bukan dari mulut pelajar lain je, tp cikgu2 sendiri pun cakap macam tu. Ohh lupa, yang paling best aku ingat waktu dlm kelas ni, aku kenal dengan musfirah dan aini. Kami duduk di seat paling depan, 3 orang semuanya. Mus ngan aini naqibah. Diaorang banyak gak sampaikan ilmu2 keakhiratan kat aku. Waktu ni aku belajar untuk jadi lagi baik drpd aku yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Tingkatan 5
Waktu di tingkatan 5, aku berjaya naik 1 kelas kehadapan. 5USL, kelas pertama aliran sains. Alhamdulillah. Sungguh, aku xsangka dapat berada di kelas pertama di sekolah yang hebat bagiku. Time ni, aku mula berjinak-jinak dengan nasyid sekolah, SOUNTUN NAIM. Aku ingat lagi, waktu aku tingkatan 1 dulu, pernah aku cakap pada diri sendiri, “ satu hari aku nak pakai baju nasyid tu. Cantik sangat!” Alhamdulillah akhirnya impian aku tercapai. Aku pemain tamborim. Alhamdulillah pasukan kami berjaya bawa nama Naim sampai ke peringkat kebangsaan. Pencapaian tertinggi kami ialah Johan Pertandingan Nasyid Hari Belia dan Negara dan tempat ke 4 ASAT peringkat kebangsaan. Disebabkan pasukan kami aktif dan selalu buat persembahan apabila ada lawatan ke sekolah, aku terpaksa banyak ponteng kelas. Cikgu2 ramai yang risau tengok kami yang banyak tinggal kelas ni. Dan selalu juga aku kena marah2 dengan cikgu, especially untuk subjek addmath. Cikgu tu garang, tapi aku faham, dia nak tengok aku berjaya. Walau apa pun, Alhamdulillah aku berjaya dapat 10A 1B SPM setelah menerima dugaan demam dan lelah waktu exam. Oh ya, 1B tu subjek fizik. Aku memang lemah subjek tu.sedang terima kenyataan. :d

soutun naim- jiwaku


TAMHIDI USIM
Asalnya bidang pergigian dan USIM bukan pilihanku. Aku cuma ikut kawan, seorang best student naim dan juga desk partner aku, ijan. Pada mulanya ada juga rasa kesal sbb xdapat pilihan pertama aku, farmasi UIA. Tapi aku redha. Mungkin ini ketetapanNya untukku. Dia lebih tahu. Waktu tamhidi, aku masih tak nampak apa yang bidang pergigian belajar sebab semua subjek yang diajar bagi aliran Sains semuanya sama.  Result sem pertama aku kurang memuaskan. 3.45. mungkin juga sebab selalu stress waktu nak xam  sampai nangis2 telefon mama.hehe. masuk sem baru, aku mula rapat dengan best fren aku sekarang, Lynn. Dia paling banyak ajar aku. Dia ubah mind aku. Kalau dulu aku selalu stress bila nak exam, sekarang tak lagi. Dia bagi aku kata2 semangat sampai aku menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan. Paling aku ingat, dia pesan, “ Allah nilai usaha, bukan hasilnya.” Aku makin tenang. Sehingga hari ni, itu yang akan aku ulang2 waktu nak exam. Aku dah usaha. Aku serah pada Allah. Dia penilai terhebat, tidak ada yang hebat selainNYa. Alhamdulillah sem ke 2 aku berjaya dapat 3.75, yang mana bagi aku, itu sudah cukup baik.

DENTIST-TO-BE
Alhamdulillah dengan result tersebut, aku kini menuntut di fakulti pergigian USIM cawangan Pandan Indah. Masuk tahun 1 barulah aku nampak jalan yang aku pilih, bidang pergigian. Best rupanya belajar dalam bidang ni. Kami belajar sama macam student medic, cuma kami extra 1 sbjek penting, Oral Biology, subjek yg paling aku minat. Best dapat blaja curving gigi, kenal nama2 gigi.. Kami sekelas cuma 29 orang. 5 lelaki, 24 perempuan. Kami macam satu keluarga, macam adik-beradik. Seronok. Kini kami sedang menikmati cuti sem yang masih berbaki 3 minggu selepas 1 tahun bekerja keras memahami subjek2 tahun 1 yang memeningkan kepala. Result final dah keluar semalam. dan hasilnya memuaskan. Alhamdulillah.

gigi yang dah berjaya dicurve :)


Semester depan aku bakal memegang jawatan sebagai Setiausaha Dental Student Club. Allah.., dugaan. Macam aku kata awal2, aku memang lemah bab2 tanggungjawab. Risau juga kalau2 tak mampu galas tanggungjawab besar ni dengan baik. Andai ada siapa2 yang baca post ni, mohon doakan aku. Tanggungjawab ini amanah Allah. Cuak! Moga pengalaman yang bakal aku tempuh nanti mampu menjadikan aku lebih matang. Moga Allah memberikan kejayaan untuk aku dan rakan2 seperjuangan untuk meneruskan hidup di bidang pergigian ini. Moga kami tidak terlalu leka dalam mengejar ilmu dunia sehingga meninggalkan ilmu akhirat. Jadikan kami doktor gigi yang berjaya dan seimbang dunia akhirat.amin..

Eh eh, dah panjang lebar aku berceramah tentang diri sendiri.hehe. ok2, setakat ni dulu dari aku. Inilah aku sekarang. Moga2 andai ada yang terbaca post ni dapat ambil ibrahnya dari kisah aku. Aku bukanlah budak baik, tetapi sedang berusaha untuk jadi lebih baik. Aku bukanlah pelajar cemerlang, tapi berusaha untuk berdiri di barisan terbilang. Aku bukanlah budak yang serba tahu, tetapi cuba untuk belajar sesuatu. Aku bukannya bangkit sendiri, aku hidup kerana Dia. Aku bukan mengatur langkah sendiri, aku dibantu orang2 yang sentiasa disampingku. Terima kasih mama, papa, abang2, adik2, aunty2, uncle2, cikgu2, kawan2. Doaku selalu bersamamu. :)

5 comments:

Nik Nur Atiqah said...

perghhhhhhhhh. kalu wat carta ni, mesti graf increase ni. HAHAHA. aku turun pahtu constant, dari segi pelajaran ko, gapo ko gini jahh. haha. btw, buke kadang2 mental. almost everytime sepsmiley mental HAHA. k nah, pgg molek jwtn SU tuh penat mengalahkan pengerusi i tell you. takpo, ore lantik mg tuh ore yakin mg buleh. fighting! heee

hasanahassan said...

insyaAllah kah.. aku cuba2.hehe. doa kat ku. btw, tanx kawan! :D

youaremycrush said...

seronok baca kisah berjaya dalam hidup mcm awk ni. kenapa senang sgt awk berjaya emm

youaremycrush said...

apa2 pun sy doakan yang terbaik untuk awk

hasanahassan said...

thank you . moga awk pun dapat apa yang terbaik utk diri awk. yang penting perlu usaha, selebihnya serah pada Dia. :)