Wednesday, December 26, 2012

assalamualaikum everyone! :D

shat ke you olz? alhamdulillah hr ni kita masih sama2 dpt menghirup udara yg baru, hidup menjadi khalifah di bumi ni. alhamdulillah, alhamdulillah. ok, nak crita ni.. smlm kan..sy da dpt mafla Al-Aqsa yg sy tempah masa program cakna palestin kat masjid saadah hr tu. comel sgt mafla tu.. da lama sbnarnya tringin nak beli n pakai, tp slalu berat nak beli..stakat tgk yg org je.hm.. tp hr tu tetiba sy buat keptusan utk beli gak. sbbnya kwn sy ckp yg smua keuntungan brg jualan Aqsa Shariff akan direct ke palestin. mksudnya dia xambik untung pun, just utk bantu palestin. so that night, tanpa ragu2 sy pun beli. alhamdulillah hr ni dapat merasa pakai mafla tu kat kepala. nah amek 1 gambar! hehe. 



akhir skali, terimalah 1 puisi drpd sy. ikhlas dr hati yang tengah bersemarakkan Al-Aqsa.

PUISI BUAT AL AQSA TERCINTA

Al Aqsa tercinta,
bumimu barakah,
bumi anbia,
kaulah kiblat Islam pertama

Al Aqsa tercinta,
jauhmu bukan penghalang,
dekatmu di hati kami,
sejarahmu di benak kami ,

Al Aqsa tercinta,
rayuanmu kami dengari,
mujahid mujahidah di bumimu kami tangisi,
bukan kami buta ataupun tuli,
tetapi kudrat tidak mengizini

Al Aqsa tercinta,
maafkanlah kelemahan kami,
kerana tidak berjuang bermatian mempertahankanmu,
namun terimalah usaha lemah kami,
menanam semangat perjuangan di dalam diri,

Al Aqsa tercinta,
tatkala ini hati menjadi saksi,
cinta kami tehadapmu tidak akan layu
bangkit kami keranamu,
mencari kekuatan mempertahankanmu.

by: hasanahassan, 26122012;00:15
p/s : sape2 berminat nak beli mafla Aqsa Syarif bleh pm ye.. jom semarakkan roh Al-Aqsa di hati kita! ♥

No comments: