Thursday, August 9, 2012

biodata diri, insan kerdil belajar mengenal dunia


Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamulaikum w.b.t

Alhamdulillah hari ni dapat gak update blog yang dah berzaman xjenguk.hehe. hari ni, saya  aku ada azam baru. Azam untuk menghidupkan blog ni balik ngan kata2 yang entah pape. Tentang hidup dan tentang pengalaman yang mengajar diri ini untuk hidup (berbelit2) haha. Ok la, aku tau xde orang pun nak baca post ni. kire syok sendiri gak la ni. Xpe dah biasa.haha :d

Baiklah, untuk hidupkan balik blog ni, aku berhajat nak kenalkan diri ini bermula dari kecil sampai ke apa adanya aku hari ni.

Alhamdulillah aku diberi nama yang baik dari kedua-dua papa dan mama kesayanganku. Namaku Siti Norhasanah binti Hassan. insyaAllah 17 oktober 2012 ni genap umurku 20 tahun. 20 tahun?? Tua daa.. L ok la.. tua2 harapnya makin meced, mkin bertambah amalan aku kat dunia ni.amin.. aku satu-satunya anak perempuan dlm keluarga. Ada 2 org abang yang berbeza perangainya dan 4 org adik yang sangat ceria dan mental. :p aku anak Kelantan sejati. Asal di Kelantan dan dibesarkan di Kelantan. Aku anak seorang pembantu veterinar dan seorang guru. Dibesarkan oleh seorang papa, seorang mama, dan dua orang ibu saudara. Berkat air tangan mereka membesarkan aku, maka inilah aku sekarang. Seorang insan yang asalnya kerdil yang bakal menjadi seorang doktor gigi insyaAllah. Aku tiada hobi yang rigid. Aku jenis yang flexible. Aku minat menulis walaupun penulisanku tidak sehebat Hlovate. Aku minat menyanyi walaupun suaraku tidak selunak Siti Nurhaliza. Aku minat melukis walaupun lukisanku tidak sehebat Leonardo Da Vinci. Aku minat bermain gitar walaupun tidak sehebat Yuna.

english presentation- the art of guitar

akasia seni-malangnya aku xmenang pun.heh,

BUDAK MENTAH
Waktu kecil, aku ni seorang anak yang tersangat manja dan selalu dibuli oleh kedua2 abg aku. Aku suka sangat ‘melawat’ hospital xkira waktu disebabkan penyakit lelah yang aku hidap sejak kecil. Alhamdulillah sekarang penyakit tu dah ok. Masa kecik, aku suka main ‘adik-adik’ dengan adik dan kazen2 aku. Paling best masa main dengan dorang ialah waktu main ‘doktor-doktor’. aku pernah ambil ubat dalam peti ais dan telan sampai habis. aku heran tengok kenapa mama letak air kosong dalam botol ubat.padahal tu ubat lelah aku.haha. Ok dah besar ni aku dah xmanja sangat, tapi terbalik. Aku jadi kuat berleter dan agak tegas.

7 TAHUN DI SKKK1
SKKK1 merupakan sekolah pertama aku selepas masuk ke taski ripas almardhiah selama 2 hari.hehe. usah dicerita kenapa hanya 2 hari di taski tu.pengalaman budak kecik xtahu pape.haha. SKKK1 banyak mengajar aku erti hidup walaupun waktu tu aku hanyalah budak sekolah rendah, yang fikirannya nyata masih mentah. Pengalaman di sana sangatlah best walaupun ada masanya aku rasa macam xnak ingat ape yang aku dah buat kat sekolah tu. Pernah dilamar dengan cincin SUNQUICK ketika usiaku 7tahun oleh seorang lelaki kacak prasekolah yang baru usia 6 tahun waktu tu. Namanya aku masih ingat. Tapi xpayah la nak mention kan.hehe. sweet betol budak tu. :P waktu usia darjah 1-4 aku xingat sangat. Tapi ape yang boleh diceritakan, aku ni macam anak raja. Tiap kali ada perhimpunan, aku jarang bawak beg aku naik kelas sebab mama akan mintak tlg student dia bawakan beg aku naik ke kelas. Bukan saja2 tau. Aku kan lelah.cepat semput. (alasan) haha. Waktu darjah 5, aku mula memberanikan diri dgn join choral speaking sekolah dan pertandingan bakat doktor muda. Pengalaman mnjadi ‘tok jogho’ dalam dikir barat sekolah sangat2 berharga bagiku sbb banyak mengajar aku bagaimana nak hilangkan rasa malu bila berdepan dengan orang. Alhamdulillah pengalaman itu aku bawa smpai ke hari ni. Terima kasih cikgu! :)

NAIM, BUMI TARBIAHKU
Budak kelas ke 3 tercorot merangkak ke kelas pertama. 
Pengalaman mengajar diri untuk berdiri dan berlari bersama rakan-rakan yang lain. Pengalaman mendidik diri mencari di mana kebolehan diri.

Tingkatan 1
Setelah mencapai  5A dalam UPSR, aku meneruskan pengajian di SMKA Naim Lilbanat, bumi tarbiah yang sangat aku cintai. Waktu di tingkatan 1, aku pernah dilantik sbg AJK Taekwondo. Tapi terus terang aku cakap, aku failed utk pikul tanggungjawab tu. Aku selalu ponteng latihan. To be honest, aku memang xpandai pikul tanggungjawab. Pernah juga dilantik jadi ketua prep, tapi aku sendiri prep kelas lain.hehe. Dalam kelas, aku xsehebat orang lain. Tingkatan 1 aku banyak main. Waktu prep aku selalu karang novel sbb itu minat aku. Ada 2 novel aku karang time tu. Lepas karang, kawan2 akan mintak untuk baca. Tapi novel tu xpernah siap sampai sekarang.hehe. Aku ingat lagi result awal2 exam dpt 3A. lepas tu 6A. dan final tingkatan 1 aku dpt 3A sbb aku asyik dengan novel tu je. akibatnya aku terpaksa stay kelas sama, iaitu kelas ke 3 terakhir dlm tingkatan, 2US sedangkan kawan2 aku semua dapat naik kelas. Sedih sangat kan ? huhu.

Tingkatan 2
Waktu tingkatan 2US, aku satu geng dengan 4 orang kawan yang berulang, aku sorang je duk asrama. Kami selalu compete untuk dpt result gempak tiap kali xam walaupun selalu meniru. :p waktu prep, aku akn selalu prep klas 2UA, kelas terawal dalam tingkatan sbb kat situ ada mimi,sahabat baik aku dan rakan2 seperjuangan yang dahulunya kami satu kelas. Banyak masa aku habiskan dengan mereka sampai akhirnya kami wujudkan satu group, SEPSMILEY. 9 orang semuanya. Mimi, ili, tikah, yeng, mawaddah, farhanah, aimi, ijan dan aku. Kawan2 baik aku ni la yang banyak ajar aku andai ada yang aku xfaham dalam pelajaran. kami ni mental juga kadang2. :p

Tingkatan 3
Berkat pertolongan dari kawan2 dan guru, Alhamdulillah aku dapat naik 2 kelas kehadapan berbanding sebelumnya waktu di tingkatan 3. Aku ditempatkan di 3UH, kelas ke2 dalam tingkatan. Aku pun tak sangka sebenarnya dapat naik sampai 2 kelas, tapi rasa syukur sangat2. Maksudnya kat sini, budak xpandai macam aku ni pun boleh berjaya, cuma masa tingkatan 1 dulu aku lalai. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, kan? Dalam kelas ni aku sekelas dengan mawaddah, geng aku juga. Pengalaman paling aku ingat waktu di kelas ni ialah masa exam math, subjek yang aku selalu blurr. Aku pernah cuba untuk meniru waktu exam tu.malangnya tertangkap. Teacher yang jaga xam tu datang tepi aku dan cakap, “ kalau saya nampak sekali lagi awak cuba tiru, saya akan koyak kertas awak.” Gilerr cuak aku time tu. Ya Allah..rasa tak tahu nak letak muka kat mana. Tapi tu la pengalaman yang benar2 mendidik aku. Mulai hari tu, aku makin semangat nak blajar sampai faham subjek tu. Aku banyak rujuk kawan2 dan abg aku. Alhamdulillah berkat usaha, teguran dan ajaran guru2 dan rakan2, aku akhirnya berjaya dapat 9A PMR. Memang tak sangka sebenarnya sebab aku sedar siapa aku dulu. Pengalaman ambil result PMR best juga kalau nak cerita, tapi yang paling best bila aku dgn kawan2 dapat masuk surat khabar BH. Kira bangga la juga.hehe :p

Tingkatan 4
Waktu tingkatan 4, aku ditempatkan di kelas 4UK, kelas ke2 aliran sains. 90orang semuanya yang dapat 9A PMR lepas sehinggakan jumlah pelajar terpaksa dikekalkan seperti di tingkatan 3. Pengalaman di kelas ini tidak lah banyak. Tapi yg paling aku ingat, kelas kami digelar kelas paling senyap dalam dunia. Gelaran tu bukan dari mulut pelajar lain je, tp cikgu2 sendiri pun cakap macam tu. Ohh lupa, yang paling best aku ingat waktu dlm kelas ni, aku kenal dengan musfirah dan aini. Kami duduk di seat paling depan, 3 orang semuanya. Mus ngan aini naqibah. Diaorang banyak gak sampaikan ilmu2 keakhiratan kat aku. Waktu ni aku belajar untuk jadi lagi baik drpd aku yang sebelumnya. Alhamdulillah.

Tingkatan 5
Waktu di tingkatan 5, aku berjaya naik 1 kelas kehadapan. 5USL, kelas pertama aliran sains. Alhamdulillah. Sungguh, aku xsangka dapat berada di kelas pertama di sekolah yang hebat bagiku. Time ni, aku mula berjinak-jinak dengan nasyid sekolah, SOUNTUN NAIM. Aku ingat lagi, waktu aku tingkatan 1 dulu, pernah aku cakap pada diri sendiri, “ satu hari aku nak pakai baju nasyid tu. Cantik sangat!” Alhamdulillah akhirnya impian aku tercapai. Aku pemain tamborim. Alhamdulillah pasukan kami berjaya bawa nama Naim sampai ke peringkat kebangsaan. Pencapaian tertinggi kami ialah Johan Pertandingan Nasyid Hari Belia dan Negara dan tempat ke 4 ASAT peringkat kebangsaan. Disebabkan pasukan kami aktif dan selalu buat persembahan apabila ada lawatan ke sekolah, aku terpaksa banyak ponteng kelas. Cikgu2 ramai yang risau tengok kami yang banyak tinggal kelas ni. Dan selalu juga aku kena marah2 dengan cikgu, especially untuk subjek addmath. Cikgu tu garang, tapi aku faham, dia nak tengok aku berjaya. Walau apa pun, Alhamdulillah aku berjaya dapat 10A 1B SPM setelah menerima dugaan demam dan lelah waktu exam. Oh ya, 1B tu subjek fizik. Aku memang lemah subjek tu.sedang terima kenyataan. :d

soutun naim- jiwaku


TAMHIDI USIM
Asalnya bidang pergigian dan USIM bukan pilihanku. Aku cuma ikut kawan, seorang best student naim dan juga desk partner aku, ijan. Pada mulanya ada juga rasa kesal sbb xdapat pilihan pertama aku, farmasi UIA. Tapi aku redha. Mungkin ini ketetapanNya untukku. Dia lebih tahu. Waktu tamhidi, aku masih tak nampak apa yang bidang pergigian belajar sebab semua subjek yang diajar bagi aliran Sains semuanya sama.  Result sem pertama aku kurang memuaskan. 3.45. mungkin juga sebab selalu stress waktu nak xam  sampai nangis2 telefon mama.hehe. masuk sem baru, aku mula rapat dengan best fren aku sekarang, Lynn. Dia paling banyak ajar aku. Dia ubah mind aku. Kalau dulu aku selalu stress bila nak exam, sekarang tak lagi. Dia bagi aku kata2 semangat sampai aku menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan. Paling aku ingat, dia pesan, “ Allah nilai usaha, bukan hasilnya.” Aku makin tenang. Sehingga hari ni, itu yang akan aku ulang2 waktu nak exam. Aku dah usaha. Aku serah pada Allah. Dia penilai terhebat, tidak ada yang hebat selainNYa. Alhamdulillah sem ke 2 aku berjaya dapat 3.75, yang mana bagi aku, itu sudah cukup baik.

DENTIST-TO-BE
Alhamdulillah dengan result tersebut, aku kini menuntut di fakulti pergigian USIM cawangan Pandan Indah. Masuk tahun 1 barulah aku nampak jalan yang aku pilih, bidang pergigian. Best rupanya belajar dalam bidang ni. Kami belajar sama macam student medic, cuma kami extra 1 sbjek penting, Oral Biology, subjek yg paling aku minat. Best dapat blaja curving gigi, kenal nama2 gigi.. Kami sekelas cuma 29 orang. 5 lelaki, 24 perempuan. Kami macam satu keluarga, macam adik-beradik. Seronok. Kini kami sedang menikmati cuti sem yang masih berbaki 3 minggu selepas 1 tahun bekerja keras memahami subjek2 tahun 1 yang memeningkan kepala. Result final dah keluar semalam. dan hasilnya memuaskan. Alhamdulillah.

gigi yang dah berjaya dicurve :)


Semester depan aku bakal memegang jawatan sebagai Setiausaha Dental Student Club. Allah.., dugaan. Macam aku kata awal2, aku memang lemah bab2 tanggungjawab. Risau juga kalau2 tak mampu galas tanggungjawab besar ni dengan baik. Andai ada siapa2 yang baca post ni, mohon doakan aku. Tanggungjawab ini amanah Allah. Cuak! Moga pengalaman yang bakal aku tempuh nanti mampu menjadikan aku lebih matang. Moga Allah memberikan kejayaan untuk aku dan rakan2 seperjuangan untuk meneruskan hidup di bidang pergigian ini. Moga kami tidak terlalu leka dalam mengejar ilmu dunia sehingga meninggalkan ilmu akhirat. Jadikan kami doktor gigi yang berjaya dan seimbang dunia akhirat.amin..

Eh eh, dah panjang lebar aku berceramah tentang diri sendiri.hehe. ok2, setakat ni dulu dari aku. Inilah aku sekarang. Moga2 andai ada yang terbaca post ni dapat ambil ibrahnya dari kisah aku. Aku bukanlah budak baik, tetapi sedang berusaha untuk jadi lebih baik. Aku bukanlah pelajar cemerlang, tapi berusaha untuk berdiri di barisan terbilang. Aku bukanlah budak yang serba tahu, tetapi cuba untuk belajar sesuatu. Aku bukannya bangkit sendiri, aku hidup kerana Dia. Aku bukan mengatur langkah sendiri, aku dibantu orang2 yang sentiasa disampingku. Terima kasih mama, papa, abang2, adik2, aunty2, uncle2, cikgu2, kawan2. Doaku selalu bersamamu. :)

Friday, March 2, 2012

kenali, ingati, cintai rasulullah s.a.w.

manusia hari ini lebih mengenali & mengagungkan artis berbanding insan yang akan memberikan syafaat kepada kita di akhirat nanti. Benarkah ?

cuba tanya pada diri kita,
sejauh mana kita mengenali rasulullah s.a.w ? nama penuh rasulullah, nama2 gelaran, bangsa baginda s.a.w, tarikh dan tempat kelahiran, nama2 anak dan isteri2 rasulullah. Itu cuma asas. namun tahukah kita ? ingatkah kita ?

mengenali rasulullah bukan hanya utk kanak2 tadika, kawan2.. bukan juga untuk lulus subjek PAI semata-mata atau sekadar menghafal dan kemudian melupakan. Baginda rasul kita, kerana pengorbanan baginda, Alhamdulillah kita hidup dalam Islam. Hanya baginda yang mampu memberi syafaat kepada kita nanti, bukan artis yang digilai itu, bukan orang lain yang kita cintai di dunia ini. Hanya baginda, Muhammad s.a.w.

kerana itu, ayuh kawan2.. kita kenal, kita ingat, dan tidak lagi melupakan kecuali Allah menarik nikmat ingat itu.

nama baginda : Muhamad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab. ( ada lagi panjang )
nama gelaran : Al-Amin, Abu Qasim
bangsa : Arab Quraisy
tarikh lahir : hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah
tempat lahir : Mekah
nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf bin Zahrah bin Kilab
nama2 anak : Qasim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Ummu Kalsum , Ruqayyah

mengingati rasulullah bukan hanya pada maulidurrasul, mengingati Allah dan kekasih Allah itu perlu selalu. jom selawat :)

Tuesday, February 21, 2012

tubuh badan kita adalah amanah Allah.

bismillahirrahmanirrahim..


semalam sy berborak dengan mama, dan pagi tadi sy berfikir sejenak. teringat kata2 mama semalam.
"biarlah apa pun orang nak cakap, nak komen pasal apa yang ada pada diri kita, sebab itu semua Allah yang buat, Allah pinjamkan pada kita sekejap je. nanti Allah soal balik apa yang kita buat dengan segala yang Allah pinjamkan. kalau kakak tnya orang tu, boleh x dia buat apa yang dia komen pasal kakak sebiji macam ciptaan yang Allah dah buat, boleh? " tersentak saya sejenak. bukan sebab xpernah terfikir itu semua. tapi sebab dah terleka dengan dunia, sampai semua tu diletak ke tepi. Allah ciptakan manusia sbgai khalifah di muka bumi ni, bukan utk berfoya-foya dan hanyut dalam dunia. sy sendiri kesal bila terkenangkan apa yang sy dah buat dengan segala amanah Allah pada diri sy. cuba kita lihat pada diri kita.


mata untuk apa?
mulut untuk apa?
tangan untuk apa?
kaki untuk apa?


kalau sekarang ni tgh on9, 


apa kita buat dengan mata kita ? melihat perkara berfaedah atau menjadi stalker setia gadis2 cun? kalau melihat perkara yg baik, alhamdulillah, tp kalau tak, segeralah berhentilah melihat apa yang tidak sepatutnya.


kemudian lihat pada tangan kita, apa yang kita buat dengannya ? apa yang kita taip, berfaedahkah ia? pahala atau dosa yang kita cari dalam internet ni? apa sumbangan kita dengan menaip di facebook, blog dan sbgainya?


lihat pada mulut pula. apa yang kita berkata2 semasa on9? berzikir atau mengumpat seorang diri? atau juga sedang menyanyi girang? fikir2kanlah.


kemudian lihat pula pada kaki. adakah kaki kita segera bangkit untuk menunaikan solat atau melangkah ke masjid tatkala terdengar seruan azan. atau kita membiarkan sahaja laungan itu berkumandang ? jangan kita jadikan komputer, atau laptop, atau segala macam gadget yang ada sebagai alat utk mempersekutukan Allah tanpa sedar.


fikir dan zikir. berubah sebelum terlambat. ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. semoga kita bersama mendapat hidayah dariNya. subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar. selamat beramal. :)

Friday, December 2, 2011

aerobic bersama di dataran merdeka

bismillahirrahmanirrahim..


alhamdulillah aku baru je selesai menjalani satu program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia, iaitu program Tarian 1 Malaysia yang berlansung di Dataran Merdeka. frankly speaking, this is my first time i was here since 19 years of age.hehe. budak kampung katakan.


aku join program ni pun setelah diajak oleh kawan2. (nadiah, ati, nabilah, adila n mazlifa) so, pukul 6.30 pg tadi kitorang gather kat bawah gv to wait 4 the bus. hari ni memang 1st time kot bgn awal on weekend-special for this program. kononnya bas dtg amek kitorang pukul 6.30 la kan.. last2 bile dah cerah tu baru la bas sampai. hampeh betol. =.=' 


so, we arrive there at 8 something kot. tak ingat. waktu kitorang sampai tu memang dah ramai gile orang. 16ribu kot join program ni (kitorang wakil fakulti pergigian USIM). kebetulan lak time tu rosmah baru sampai. then we take breakfast n get ready 4 aerobic. lawak kot kitorang ni macam xtau sgt cane tarian tu. just follow the instructor. ye la.. orang lain memang pegi latihan b4 this, tp aku ni baru smalam tgk cd tarian tu. mana la tahu sgt kan. ade macam2 tarian yg kito buat. china, india, zapin, sabah, dan byk lagi laa.. tarian paling best yang macam zombie tu.haha. teruk bebenor gayanya. :P aerobic tu tak lame pun. tapi best sbb everyone was doing that.we enjoyed ourselves there and that's what matter. "1 Malaysia. Malaysia boleh".


ramai gak pelancong ade kat sana. diorang pun join kitorang aerobic. ade yang amek2 gambar kitorang. overall memang best la. then, we take a break n ade cabutan bertuah. tapi xde sorang pun dari kitorang yang bertuah. kesian kan? haha. lepas tu ade persembahan nyanyian dari arrora n zamani. time tu dah tak ramai orang sbb lpas aerobic tu ramai yang dah prepare utk balik. kitorang balik dalam pukul 10.30. sbg rakyat Malaysia, honestly, rasa syukur sangat2 sbb negara ni damai je dengan kaum yg pelbagai.alhamdulillah..


p/s : lagi suka kalau tgk orang Islam yang join program tu sama2 memartabatkan agama kita mengikut ajaran al-Quran. aerobic while wearing scarf for the girls. why not ? 1 Islam. Islam is the way of life. peace! (:

Tuesday, November 29, 2011

aku terperangkap dalam lif ?

huhh.. macam suspen je kan bunyi?
haha, memang pn. petang tadi first time kot spanjang duk kat pandan for almost 3 month ni aku terperangkap dalam lif. sbelum ni pernah je dengar orang cakap2 pasal lif selalu tersekat kat sini. tp kali ni aku sndiri yang experience. agak cuak la kan. tapi nasib baik aku bukan sorang2 kat dalam tu. time tu ada aku, kakak, lala, 2 orang staf pompuan n sorang abg senior (kakak cakap tu s*** die. sbb abg tu macam ehem2 aku) ;P. kami kat tingkat 15 waktu tu, otw nak balik naik bas. nak diceritakan kisah kami waktu tu, everything seems to be okay when we just entered the lift. n aku memang tak expect pun yang lif tu akan rosak. lif tu bunyi macam dah gerak, n aku mmg dapat rasa yang lif tu gerak. tapi buruk bebenor bunyinye.bunyi lif yang agak terkejut jugak la bagi orang yang tak biasa guna lif usim. but then still buat dunno je.sbb memang slalu lif kat sini buat hal. kadang2 gerak lambat, kadang2 laju sangat. ok, pastu tetibe lif tu macam stuck je kat situ. still kat tingkat 15. abg senior tu dah tkan tingkat 17, xjadi. tekan tingkat 2,9, 10 pun xgerak gak (waktu tu pintu lif memang tutup).  pastu tekan button utk bukak lif, pun tak dapat. time tu aku dah start cuak.tp buat2 brani je sbb ade ramai kat dalam tu. pastu abg tu tekan loceng. (but i don't think that it can function well). staf yang sorang tu dah start call pak guard kat bawah, tp line xde lak. aku macam tak tau nak buat apa. 1st experience kan.. aku tengok je ape orang buat. tak lama pastu abg tu try bukak pintu lif tu ngan tangan die. aku risau gak kot2 waktu die nak bukak tu lif tu tetibe jalan ke.. tak lame pastu, alhamdulillah pintu lif tu dpt buka gak. tapi terkejut kot aku tengok lif tu dah naik sparuh. abg tu cepat2 jump out. kami yang lain pun same2 laa.lagipun tkut lif tu tertutup balik. bahaya kot. last2 kami turun tangga je dr tingkat 15. memang tak brani dah nak naik lif lagi waktu tu. CUAK! :0


p/s : ni experience TERBAIK buat aku. buat abg senior yg comel tu, tq selamatkan kami. ;P
nak jadi kuat macam abg tu. next time kalo jadi camtu lagi, bole bukakkan pintu lif sndiri.heheh. 

Monday, November 28, 2011

awak pun adik saya :)

saya teringin sangat nak jaga awak betul2, sbb awak sama macam saya. kita manusia biasa je. selalu buat salah. dan manusia x pernah dan x akan sempurna. kita sama2 anak perempuan sorang dalam keluarga. we are the princess ;D

awak, saya kagum dengan awak. sbb saya kenal awak yang dulu dan awak yang sekarang. saya kagum dengan perubahan awak. dan saya memang yakin awak mampu berubah. sbb kita ada satu pegangan iaitu agama.

awak, kalau boleh saya nak ada di samping awak, dengar luahan hati awak. sbb saya tahu banyak kesulitan yang awak lalui dalam hidup awak. saya kagum dengan awak. awak kuat. awak masih boleh senyum dan mampu lakukan perubahan ke arah kebaikan sedang hati awak masih lagi kesedihan.

awak, maaf kalau selama ni saya selalu sangat membebel kat awak. mungkin awak bosan. tapi niat saya cuma satu. saya nak sangat tengok awak kembali pada awak yang asal. saya nak sangat awak jadi lebih baik dari saya. saya teringin dan selalu nak nasihat awak. sbb awak dah macam adik saya. saya xde adik perempuan. tapi dengan adanya awak, buatkan saya rasa macam awak satu-satunya adik perempuan saya ada, yang perlu saya jaga sebaiknya.

awak, saya harap awak mampu kekalkan perubahan baik yang awak dah lakukan tu. dan saya harap saya dapat perbaharui apa yang terkurang yang ada pada diri saya. moga ukhwah kita berada di landasan yang benar keranaNya.

awak, be strong, ya? insyaAllah saya akan selalu doakan awak dan keluarga. semoga dilimpahkan kebahagiaan di dunia dan akhirat. sesungguhnya hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. tawakkal dan doa, itu yang penting. saya sayang awak, Siti Nur Fazlin Badli Shah. (:

p/s : syukurlah dengan apa yang kita ada. jangan suka memandang hina pada insan yang kita tidak tahu akan hati budinya. nasihatlah selagi mampu. sesungguhnya amar makruf itu yang terbaik. sama2 kita mendapat redhaNya. ameen..

terima kasih kakak. (:



bismillahirrahmanirrahim..
dah lama giler x update blog. rinduuu ;P
tetibe hari ni tergerak lak tangan nak bukak blog sendiri yg dah lama menyepi. tu pn gara2 baca blog org lain.tgn ni mcm gedik je nak menulis.hee


entry kali ni pasal seorang yang saya sayang. (dan waktu ni dia ada kat sebelah saya-tengah melayan fb kot?)


nor shazleen a.k.a kakak sy kat usim, kalo kat kelas smua tau kot. umur kami sama je. tapi gedik je sama2 nak panggil kakak. saya sayang kakak saya.


dia baik. dia penyabar. dia caring. dia pandai jaga hati saya. dia tahu banyak tentang saya. dia selalu dengar masalah saya. dia banyak ajar saya. dia bijak. ramai orang suka kawan dengan dia. yang paling penting, dia buat saya rasa macam saya ada kakak. ;') 


mungkin orang nampak pelik bila kami terlalu rapat. orang boleh cakap apa2 je. mungkin ade yg pandang kami negatif, kami sabar je. sbb kami tahu, kami kawan kerana Allah. kami ketawa, kami sedih sama2. kami akan selalu ingat Allah. sbb kami takut friendship kami tak kekal lama. saya suka kawan dengan kakak. sbb dia faham perasaan saya.


kami kenal baru je taun lepas, waktu tamhidi. bile dah dapat sama2 continue degree kat pandan ni, our friendship become closer. dan paling best, kami dapat 1 rumah. pagi2 kami gerak ke fakulti sama2 (kakak selalu tunggu saya utk ciap2). time selfstudy kami study kat luar kelas sama2 sbb tu feveret place kami, kadang2 kami shopping kat giant kat bawah tu, ptg2 kami baca al-Mathurat sama2, malam2 kami study sama2 (sambil makan campbell). kalo orang yang selalu tengok kami, dorang mesti cakap kami suka buat drama. agaknya kalo start dari awal2 kitorang kenal, mesti dah beratus ratus episod dah kot.hehe. memang pun. bukan drama sangat, tapi kitorang selalu nak mengalah. kakak selalu buat baik sampai saya xsempat pun nak buat baik kat dia. xfair kan? dia murah hati. saya sayang kakak saya. :')


1 yang best tentang kakak, she know how to care for me when i am stress. she is the only one who can make me smile during my exam. frankly speaking, tak pernah pun dalam hidaup saya, saya tenang time nak exam. selalunya saya akan stress gila2 sampai tak mampu pun nak senyum. tapi 1st time waktu exam 2nd sem tamhidi, saya rasa macam cool giler nak masuk dewan exam. b4 exam tu kitorang selalu study sama2. when i was stress during the study, she would say, "kak..tak apoo.. kakak bulehh.." hee. i miss that word. :')
alhamdulillah after all, i got 3.75 for that exam. alhamdulillah meningkat 0.3 dari sem1. waktu sem 1 tu saya xrapat sangat ngan kakak. study pun sorang2. masuk exam pun stress bagai nak gilaa. tp sekarang alhamdulillah.. 


mama cakap, "tu lahh.. kakak keno kawe nga ore hok tenang. sbb kakak ni cpt stress." betul cakap mama. sekarang i try to learn something good from kakak. she knows how to handle me & i'm trying to learn how to handle myself. terima kasih kakak.


kakak, saya tau awak baca entry ni. saya mintak maaf banyak2 kalau saya ada sakitkan hati awak. i hope that our friendship will last forever. bukan setakat taun ni je. tapi utk selamanya. sbb awak seorang kakak untuk saya. may Allah bless us. saya sayang awak. terima kasih kakak. :')


p/s : moga Allah bagi jodoh yang terbaik utk kakak sbb dia dah terlalu baik utk saya. 
#mood tangah jeles tengok ramai student kawen awal ;P